CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 11 May 2009

khasiat madu lebah

Antara makanan halal lai berkhasiat yang perlu di utamakan oleh manusia pada hari ini ialah madu lebah. Ia mengandungi penawar yang bermanfaat bagi kesihatan manusia. Sepertimana yang di jelaskan oleh Allah didalam surah an-Nahl ayat 69.

Madu lebah adalah nectar yang pekat dan merupakan makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang di campurkan dengan debuna atau pollen menjadi makanan asas bagi lebah di peringkat larva. Ia mengandungi gula asli, glukosa dan fruktosa yang mudah di hadam. Apabila ia di campurkan dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuk minit dan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai jenis zat logam seperti magnesium, kalium (potassium), kalsium, natrium (sodium) klorin, belerang dan zat besi.

Kajian sains mendapati madu lebah kaya dengan bahan antioksidan. Antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila di biarkan akan bertindak keatas sel-sel sehingga akhirnya melemahkan badan dan sebahagian dariada sel-sel itu boleh bertukar menjadi kanser. Di samping itu, antioksidan juga berfungsi memerbaiki sel-sel bahan yang rosak. Antara antioksidan yang terdapat di dalam madu lebah ialah flavonoid.

Madu lebah sesuai bagi ahli-ahli sukan. Kajian yan dilakukan oleh ahli-ahli sains di Universiti Memis di Tennessee atas sembilan orang pelumba basikal yang di berikan madu lebah mendapati tenaga kayuhan mereka meningkat sebanyak 6 %. Di samping itu ujian darah yang ke atas 39 ahli angkat berat yang di berikan madu lebah menunjukkan, kadar hormon cortisol yang biasanya meninkat apabila otot-otot menghadapi tekanan yang berlebihan, berada pada tahap yang rendah dan keadaan ini meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Penemuan ini membuktikan, madu lebah adalah sumber asli yang baik bag semua orang, termasuk ahli-ahli sukan. Hal ini di laorkan dalam artikel honey for the fast track oleh British Honey Importers and Packers Association (BHIPA).

Saturday 2 May 2009

JoM bElAjAr jAwA

mari menJawe...=)
1.WOLU -bahulu..
2.MARENG -mereng..
3.TELU -telor..
4.MUNGGAH2-hunggah2..
5.KANGGO -kanggaroo...
6.NGAPURO-singapura..
7.KUE -kuih..
8.NANG DI -nadi..
9.NGOMPOL AKEH2-kumpul byk2...
10.OJO TURU-ajar camner nk tiru..
11.JARUK -jerok...

hANYA yANg FaHAm ShJ tAhU mAksUd sEbEnAr
hEhEhe

.::Al-Quran melahirkan minda progresif::.


Al-Quran adalah sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam.Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem kehidupan. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam yangprogresif mindanya.Daripada al-Quran umat Isla memiliki kefahaman yang betul mengenai alam dan kehidupan.

Sebagai contoh umat Islam, sebelum lahirnya teori big bang, sudah mengetahui langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 30:


dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman(al-Anbiyak:30)


Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang meninggal lebih seribu tahun dahulu. Beliau berkata Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.





Tambahan daripada itu, para ulama daripada kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga mengetahui berpandukan ayat al-Quran proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih wanita. Mereka tidak pernah menyatakan kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinytakn oleh Aristotal. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah bin Abbas berkata "air lelaki bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum selepas itu ia berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain daripada satu warna kepada satu warna yang lain ". Pandangan yang sama juga seperti yang dinytakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hassan dan Rabie' bin Anas, seperti yang di sebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.


Di barat pula keadanya berbeza,. Pakar-pakar biologi di sana pada abad ke-17 da 18 masehi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini di kenali sebagai Humunculist. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai Ovists mempercayai bayi sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hujau untuk terus hidup dan membasar. Hal ini di laporkan di Human Developmental Anatomy Center.




Lebih menakjubkan, para sahabat juga sudah mengetahui kadr hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa kata Allah antaranya ayat 11 surah al-Zukhruf

dan (Dia lah) Yang menurunkan hujan dari menurut sukatan Yang tertentu, lalu Kami hidupkan Dengan hujan itu negeri Yang kering tandus tanahnya. sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).(al-Zukhruf:11)


Didalam tafsir Ibnu Kathir melaporkan kenyataan Ibn Abbas dan Abdullah bin Masud yang berkata ''Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain.

Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana usngan hidrologi dunia menunjukan kadar hujan yang turun adalah sama setiap tahun. Hal ini disebutkan berdasarkan NASA dan United States Geologikal Survay. Pakar-pakar mengangarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.


Justeru ajaran Islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat Islam. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan seperti Jabir bin Hayyan, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Battani, al-Farabi, Abul Qasim, Ibn Sina dan ramai lagi dimana mereka ini bukan sahaja bergelar seorang saintis tetapi juga menguasai berbagai-bagai ilmu lain seperti fiqh, tafsir, hadis, falsafah, ahli sufi dan sebagainya. Dimana sebelum mereka menguasai ilmu sains mereka telah menguasai ilmu-ilmu Islam terlebih dahulu supaya pemikiran mereka tidak akan menguasai aqidah mereka.

Friday 1 May 2009

.::berapa besar kita::.

berapa besarkah diri kita? pernahkah anda terfikir atau berfikir berapa besarkah diri kita? Adakah kita cukup besar, atau cukup berkuasa sehingga ada yang mengaku dirinya tuhan dan mencabar ayat-ayat Allah seperti yang di lakukan oleh firaun.Mari kita lihat diri kita yang kita rasakan kita adalah yang paling besar,paling hebat,paling berkuasa di muka bumi ini,,,sehingga kita berani meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangan-larangan Allah..
mari kita saksikan dimanakah diri kita di alam semesta ini,,,,,


Sunday 5 April 2009

.::Islam Pemangkin Sains::.


Penghormatan yang Allah berikan kepada golongan yang suka mengkaji Alam, sehingga menggelar diri mereka sebagai ulul albab, bwgitu signifikan bagi umat Islam.Ia adalah rangsangan yang istimewa daripada Allah supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya. Dengan itu ketak wan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus antara ciri yang ada pada ulul albab adalah suka mengkaji dan bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi. Pada hari ini golongan yang banyak mengkaji mengenai kejadian langit dan bumi ialah pakar-pakar dalam bidang astronomi dan astrofizik. Justeru ayat 190 dalam surah Ali Imran berhubung ulul albab merangsang umat Uslam untuk menjadi saintis. Saintis yang mahu di hasilkan mengikut formula Quran adalah saintis yang menngingati Allah di mana sahaja dia berada.Bukanya saintis yang aties.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday 12 January 2009

Israel gagal capai matlamat: Meshaal



Pemimpin Hamas anggap serangan terhadap Gaza sebagai Holocaust zaman moden

DAMSYIK: Pemimpin agung Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza sebagai 'pemusnahan secara besar-besaran' atau 'Holocaust' dan menegaskan Israel sanggup menumpahkan darah kanak-kanak Palestin semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum negara haram itu bulan depan.

"Musuh kita sebenarnya sudah gagal, sebab itu mereka melakukan pemusnahan besar-besaran di bumi Gaza," kata Meshaal, yang kini hidup dalam buangan di Syria, dalam kenyataannya itu yang dirakam, disiarkan oleh televisyen satelit Arab, Al-Jazeera dan Al-Arabiya.

"Mereka sanggup menggunakan darah rakyat Palestin bagi memenangi pilihan raya," katanya, merujuk kepada pilihan raya umum Israel yang akan diadakan pada 10 Februari ini.

Meshaal berkata, kempen ketenteraan mereka sebenarnya sudah gagal.

Meshaal juga bertanya kepemimpinan Israel "Apa yang anda capai dalam peperangan ini...tidak lebih daripada hanya pembunuhan kanak-kanak dan orang tidak bersalah?"

"Anda sudah kalah dari segi moral dan kemanusiaan... dan anda mewujudkan penentangan dalam setiap rumah," kata Meshaal.

"Dengan rendah diri...dan sepenuh keyakinan saya ingin menegaskan pada tahap ketenteraan, musuh kita sebenarnya sudah gagal dan mereka tidak mencapai apa-apa.

"Apakah mereka berjaya menghalang bedilan roket seterusnya ke arah mereka?" tanya beliau.

Meshaal juga memberitahu penduduk di Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lebih 850 orang terkorban termasuk 270 kanak-kanak sejak 27 Disember lalu, bahawa kemenangan semakin hampir.

"Penentangan (terhadap Israel) memang kuat. Bersabarlah dan teguhkan semangat. Kejayaan akan muncul," kata pemimpin Hamas itu kepada 1.5 juta penduduk di wilayah berkenaan.

Meshaal juga mengulangi penolakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahukan gencatan senjata segera dan menolak cadangan penempatan pasukan keselamatan antarabangsa di Semenanjung Gaza. � AFP

.::Beza Musibah Dan Takdir::.

Agar kita rela menerima apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. kepada kita, maka di dalam hal ini perlu kita mengetahui hakikat daripada takdir yang telah ditentukan Allah SWT kepada kita itu. Dengan demikian kita akan mengetahui mana-mana akan ketentuan-ketentuan yang harus kita terima dengan seadanya, dan ketentuan-ketentuan yang perlu untuk kita berusaha merubahnya.

Di dalam hal ini ada dia takdir yang perlu kita ketahui iaitu:

A. TAKDIR MUBRAM

Yang dimaksudkan dengan takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat untuk dielakkan, ianya pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya.

Sebagai contoh:

Ketentuan tentang jenis kelamin lelaki atau perempuan, terjadinya hari kiamat, tibanya ajal maut dan yang lain sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula memajukannya:"

(Al-Araf:34)

Dengan ini kita semua tahu akan takdir mubram ini adalah satu takdir yang tidak dapat manusia nak elakkan.

B. TAKDIR MU'ALLAQ

Yang dimaksudkan dengan takdir mu'allaq ialah qadha dan qadar yang bergantung kepada ikhtiar seseorang, usaha menurut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir seperti ini Allah telah mengurniakan akal fikiran iaitu anugerah yang paling baik untuk berusaha ke arah tercapainya cita-cita.

Bangsa yang dijajah akan berusaha untuk merdeka.Orang yang termasuk dalam lumpur akan berusaha naik ke tempat yang selamat, orang yang sakit akan berusaha pergi berubat supaya lekas sihat ini adalah semua jalan usaha manusia untuk merubah keadaan dari sesuatu keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang sempurna.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah firmannya:

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubahkan keadaan (nasib) seseuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan (nasib) mereka sendiri."

(Ar-Ra'ad: 11)

Justeru itu, sebagai makhluk yang berakal, sebenarnya manusia harus bertanggungjawab diatas kelakuannya sendiri kerana segala perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri."

(An-Nisa':79)

Ayat Al-Quran di atas menjelaskan bahawa apa saja kenikmatan dan kebaikan yang diperoleh manusia adalah dari anugerah Allah, akan tetapi nasib yang menimpa manusia itu tidak terlepas daripada kesalahan memilih,salah sangka, salah jalan,salah usaha, baik dengan sengaja ataupun tidak.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adlah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)".

(asy-Syura :30)

Orang-orang yang beriman akan menerima segala takdir Allah itu dengan penuh rasa kesabaran dan kerelaan, kerana ia mengetahui bahawa dirinya tidak mungkin dapat melawan kehendak Allah Ta'ala ketahuilah bahawa diri sedang diuji oleh Allah SWT.

Begitulah juga yang telah ditakdirkan Allah dengan kehidupan kaya atau miskin sebagaimana firman Allah Ta'ala maksudnya:

"Bahawa Dia yang membuat orang kaya dan miskin."

(An-Najm:48)

Pada yang kaya hendak bersyukur dan gunakanlah harta ke jalan Allah sebaliknya Allah SWT. juga yang menentukan takdir seseorang itu hidup dalam kesusahan, kemiskinan akan selalu diterima nya dengan rasa syukur sebagai nikmat dan ujian dari-Nya.

Firman -Nya:

"Bahawa kepada Tuhanmulah akhir kesusahan."

(An-Najm:42)

Begitu juga dengan takdir kematian. Takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada seseorang tidak sama sekali dapat dielakkan. Pakailah kamu baju besi , duduklah kamu dalam bilik besi namun tidak sama sekali ajal itu dapat dielakkan. Kalau kamu ditakdirkan mati akibat kemalangan bagaimana keadaan selamat pun kamu tetap akan berada ditempat kejadian.

Maksud firman Nya:

" Katakanlah: sekiranya kamu berada di rumahmu, bagi orang -orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh, dan keluar juga ke tempat mereka terbunuh."

(Al-Imran:154)

Dan sama sekali kita tida boleh mengelakkan kematian. Firman AllahTa'ala maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal.Iaitu yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya."

(Al-Ankabut:57-59)