CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 12 January 2009

Israel gagal capai matlamat: Meshaal



Pemimpin Hamas anggap serangan terhadap Gaza sebagai Holocaust zaman moden

DAMSYIK: Pemimpin agung Hamas, Khaled Meshaal menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza sebagai 'pemusnahan secara besar-besaran' atau 'Holocaust' dan menegaskan Israel sanggup menumpahkan darah kanak-kanak Palestin semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum negara haram itu bulan depan.

"Musuh kita sebenarnya sudah gagal, sebab itu mereka melakukan pemusnahan besar-besaran di bumi Gaza," kata Meshaal, yang kini hidup dalam buangan di Syria, dalam kenyataannya itu yang dirakam, disiarkan oleh televisyen satelit Arab, Al-Jazeera dan Al-Arabiya.

"Mereka sanggup menggunakan darah rakyat Palestin bagi memenangi pilihan raya," katanya, merujuk kepada pilihan raya umum Israel yang akan diadakan pada 10 Februari ini.

Meshaal berkata, kempen ketenteraan mereka sebenarnya sudah gagal.

Meshaal juga bertanya kepemimpinan Israel "Apa yang anda capai dalam peperangan ini...tidak lebih daripada hanya pembunuhan kanak-kanak dan orang tidak bersalah?"

"Anda sudah kalah dari segi moral dan kemanusiaan... dan anda mewujudkan penentangan dalam setiap rumah," kata Meshaal.

"Dengan rendah diri...dan sepenuh keyakinan saya ingin menegaskan pada tahap ketenteraan, musuh kita sebenarnya sudah gagal dan mereka tidak mencapai apa-apa.

"Apakah mereka berjaya menghalang bedilan roket seterusnya ke arah mereka?" tanya beliau.

Meshaal juga memberitahu penduduk di Semenanjung Gaza, yang mengakibatkan lebih 850 orang terkorban termasuk 270 kanak-kanak sejak 27 Disember lalu, bahawa kemenangan semakin hampir.

"Penentangan (terhadap Israel) memang kuat. Bersabarlah dan teguhkan semangat. Kejayaan akan muncul," kata pemimpin Hamas itu kepada 1.5 juta penduduk di wilayah berkenaan.

Meshaal juga mengulangi penolakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahukan gencatan senjata segera dan menolak cadangan penempatan pasukan keselamatan antarabangsa di Semenanjung Gaza. � AFP

No comments:

Post a Comment