CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 20 June 2012

Pengalaman dengan HERBALIFE

salam,,

hmmmm rasanya dah lama sgt ak x menulis dalam blog ni,,hehe,mungkin sbb byk masa dah guna untuk buat kerja kot,,dulu time duk U byk masa boleh lah juga menukil di dinding blog,, Kali ni aku nak caritakan tentang pengalamanku dengan Herbalife. Tp aku nak cerita dulu mcm mne badan aku ni boleh membesar. Dahulu semasa baru2 masuk U berat aku cuma 55-57kg jer,,susah betul nak naik,,mkn byk pn same j,tapi bila dah naik tahun dua dah ada motor,,hehe,mula lah keluar mkn ngn kwn2,tengah2 mlm g keluar mkn sbb lapo pas study n buat esimen,,apa lg,mendadak berat aku naik,walaupun aku ni kuat bersukan,ari2 training, joging,,tp berat tetap x turun. hmmmmm

 Dua tahun selepas Habis belajar aku pun selamat menjadi suami. orang cakap lepas kawin badan akan naik. Memang teori yang benar,,berat aku naik lagiiiii,,haha. 72 kg,,Alhamdulillah..besar dah anak mak ni. Semakin hari semakin besar,,dan masalah kesihatan pun dah ada,,Aku selalu rasa letih,pernah sekali ak mengajar dalam kelas boleh pulak ak terlelap,,Ya Allah aku ni dah kenapa lah agaknya,,bila bangun pagi jer rasa berat jer nak bangun, kaki aku ni bila bangun pagi jer mesti tumit aku ni sakit mcm kene renjatan elektrik,,sakitnya,, seluar pun dah xboleh nak pakai,,sebabnya perut dah membesar,,xmuat dah,, 

Pada suatu hari adik aku yang baru pulang dari uitm arau bercerita tentang satu produk yang diperkenalkan oleh kawanya,,"HERBALIFE". Aku dengar jer apa yang adik ak cerita tu,,tp dia pun x consume lagi,dari apa yang adikku caritakan,timbul minat plak,,pandai plak adik aku ni promot. Sebenarnya aku dah tahu tentang Herbalife ni bila aku tengok Facebook kawan aku ni,,Namanya Abqori,masa tu xminat pun,aku jenguk2 j Facebook Abqori ni,nampak lah Harbalife,,Bisness kot dalam fikiran aku masa tu,,xlame pastu tgok dah kawin plak Abqori ni..Masa tu ak masih tunang dan tak tergerak pun nak tahu pasal Herbalife ni. Balik semula pada cerita adik aku tu,,aku pun daftar lah nak buat bisness dan mula makan Herbalife.

Haha,,mula2 aku minum Shake ni,,Ya Allah xley nk telan. Tapi aku telan jugak,keesokan harinya aku minum lg sebagai sarapan pagi dan seterusnya mkn mlm,,selepas 3 hari,,aku dapat rasa yang badan aku rasa cergas xmacam sebelum ni. Rasa ngantuk pun xde lagi,sakit kai pun hilang,Migrain hilang,aku rasa selesa dan sedap j badan aku ni walaupun bt byk kerja..Alhamdulillah aku rasa sangat bersyukur sebab aku rasa dah kembali sihat.Dan sekarang aku dah dua bulan dalam Herbalife,kesihatan aku bertambah baik,berat aku pun dah turun 6 kg, aku boleh main futsal 1 jam strait,,kalo dulu 5minit dah pancit...SANGAT LUAR BIASA DENGAN HERBALIFE,,LUAR BIASA LAGI YANG MENCIPTAKAN SUMBER2 HERBALIFE IAITU ALLAH S.W.T,,Tq Allah Tq Herbalife..

Monday 11 May 2009

khasiat madu lebah

Antara makanan halal lai berkhasiat yang perlu di utamakan oleh manusia pada hari ini ialah madu lebah. Ia mengandungi penawar yang bermanfaat bagi kesihatan manusia. Sepertimana yang di jelaskan oleh Allah didalam surah an-Nahl ayat 69.

Madu lebah adalah nectar yang pekat dan merupakan makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang di campurkan dengan debuna atau pollen menjadi makanan asas bagi lebah di peringkat larva. Ia mengandungi gula asli, glukosa dan fruktosa yang mudah di hadam. Apabila ia di campurkan dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuk minit dan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai jenis zat logam seperti magnesium, kalium (potassium), kalsium, natrium (sodium) klorin, belerang dan zat besi.

Kajian sains mendapati madu lebah kaya dengan bahan antioksidan. Antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila di biarkan akan bertindak keatas sel-sel sehingga akhirnya melemahkan badan dan sebahagian dariada sel-sel itu boleh bertukar menjadi kanser. Di samping itu, antioksidan juga berfungsi memerbaiki sel-sel bahan yang rosak. Antara antioksidan yang terdapat di dalam madu lebah ialah flavonoid.

Madu lebah sesuai bagi ahli-ahli sukan. Kajian yan dilakukan oleh ahli-ahli sains di Universiti Memis di Tennessee atas sembilan orang pelumba basikal yang di berikan madu lebah mendapati tenaga kayuhan mereka meningkat sebanyak 6 %. Di samping itu ujian darah yang ke atas 39 ahli angkat berat yang di berikan madu lebah menunjukkan, kadar hormon cortisol yang biasanya meninkat apabila otot-otot menghadapi tekanan yang berlebihan, berada pada tahap yang rendah dan keadaan ini meningkatkan lagi daya kekuatan otot. Penemuan ini membuktikan, madu lebah adalah sumber asli yang baik bag semua orang, termasuk ahli-ahli sukan. Hal ini di laorkan dalam artikel honey for the fast track oleh British Honey Importers and Packers Association (BHIPA).

Saturday 2 May 2009

JoM bElAjAr jAwA

mari menJawe...=)
1.WOLU -bahulu..
2.MARENG -mereng..
3.TELU -telor..
4.MUNGGAH2-hunggah2..
5.KANGGO -kanggaroo...
6.NGAPURO-singapura..
7.KUE -kuih..
8.NANG DI -nadi..
9.NGOMPOL AKEH2-kumpul byk2...
10.OJO TURU-ajar camner nk tiru..
11.JARUK -jerok...

hANYA yANg FaHAm ShJ tAhU mAksUd sEbEnAr
hEhEhe

.::Al-Quran melahirkan minda progresif::.


Al-Quran adalah sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam.Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem kehidupan. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam yangprogresif mindanya.Daripada al-Quran umat Isla memiliki kefahaman yang betul mengenai alam dan kehidupan.

Sebagai contoh umat Islam, sebelum lahirnya teori big bang, sudah mengetahui langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 30:


dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman(al-Anbiyak:30)


Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang meninggal lebih seribu tahun dahulu. Beliau berkata Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.





Tambahan daripada itu, para ulama daripada kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga mengetahui berpandukan ayat al-Quran proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih wanita. Mereka tidak pernah menyatakan kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinytakn oleh Aristotal. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah bin Abbas berkata "air lelaki bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum selepas itu ia berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain daripada satu warna kepada satu warna yang lain ". Pandangan yang sama juga seperti yang dinytakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hassan dan Rabie' bin Anas, seperti yang di sebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.


Di barat pula keadanya berbeza,. Pakar-pakar biologi di sana pada abad ke-17 da 18 masehi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini di kenali sebagai Humunculist. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai Ovists mempercayai bayi sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hujau untuk terus hidup dan membasar. Hal ini di laporkan di Human Developmental Anatomy Center.




Lebih menakjubkan, para sahabat juga sudah mengetahui kadr hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa kata Allah antaranya ayat 11 surah al-Zukhruf

dan (Dia lah) Yang menurunkan hujan dari menurut sukatan Yang tertentu, lalu Kami hidupkan Dengan hujan itu negeri Yang kering tandus tanahnya. sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).(al-Zukhruf:11)


Didalam tafsir Ibnu Kathir melaporkan kenyataan Ibn Abbas dan Abdullah bin Masud yang berkata ''Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain.

Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana usngan hidrologi dunia menunjukan kadar hujan yang turun adalah sama setiap tahun. Hal ini disebutkan berdasarkan NASA dan United States Geologikal Survay. Pakar-pakar mengangarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.


Justeru ajaran Islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat Islam. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan seperti Jabir bin Hayyan, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Battani, al-Farabi, Abul Qasim, Ibn Sina dan ramai lagi dimana mereka ini bukan sahaja bergelar seorang saintis tetapi juga menguasai berbagai-bagai ilmu lain seperti fiqh, tafsir, hadis, falsafah, ahli sufi dan sebagainya. Dimana sebelum mereka menguasai ilmu sains mereka telah menguasai ilmu-ilmu Islam terlebih dahulu supaya pemikiran mereka tidak akan menguasai aqidah mereka.

Friday 1 May 2009

.::berapa besar kita::.

berapa besarkah diri kita? pernahkah anda terfikir atau berfikir berapa besarkah diri kita? Adakah kita cukup besar, atau cukup berkuasa sehingga ada yang mengaku dirinya tuhan dan mencabar ayat-ayat Allah seperti yang di lakukan oleh firaun.Mari kita lihat diri kita yang kita rasakan kita adalah yang paling besar,paling hebat,paling berkuasa di muka bumi ini,,,sehingga kita berani meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangan-larangan Allah..
mari kita saksikan dimanakah diri kita di alam semesta ini,,,,,


Sunday 5 April 2009

.::Islam Pemangkin Sains::.


Penghormatan yang Allah berikan kepada golongan yang suka mengkaji Alam, sehingga menggelar diri mereka sebagai ulul albab, bwgitu signifikan bagi umat Islam.Ia adalah rangsangan yang istimewa daripada Allah supaya umat Islam mendekati alam bagi mengkajinya. Dengan itu ketak wan mereka kepada Allah akan meningkat. Secara khusus antara ciri yang ada pada ulul albab adalah suka mengkaji dan bertafakkur mengenai kejadian langit dan bumi. Pada hari ini golongan yang banyak mengkaji mengenai kejadian langit dan bumi ialah pakar-pakar dalam bidang astronomi dan astrofizik. Justeru ayat 190 dalam surah Ali Imran berhubung ulul albab merangsang umat Uslam untuk menjadi saintis. Saintis yang mahu di hasilkan mengikut formula Quran adalah saintis yang menngingati Allah di mana sahaja dia berada.Bukanya saintis yang aties.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini