CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 2 May 2009

.::Al-Quran melahirkan minda progresif::.


Al-Quran adalah sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam.Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai berkaitan dengan alam, manusia serta sistem kehidupan. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam yangprogresif mindanya.Daripada al-Quran umat Isla memiliki kefahaman yang betul mengenai alam dan kehidupan.

Sebagai contoh umat Islam, sebelum lahirnya teori big bang, sudah mengetahui langit dan bumi pada asalnya bercantum padu sebelum bermula proses kejadian alam. Pengetahuan ini adalah berdasarkan kenyataan Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 30:


dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman(al-Anbiyak:30)


Kesan daripada ayat ini lahirlah pandangan sebagaimana yang diutarakan oleh ulama tabiin iaitu Imam Said bin Jubair yang meninggal lebih seribu tahun dahulu. Beliau berkata Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini.





Tambahan daripada itu, para ulama daripada kalangan sahabat-sahabat nabi dan generasi selepas mereka juga mengetahui berpandukan ayat al-Quran proses kejadian bayi melalui pelbagai tahap, bermula dengan percantuman antara benih lelaki dengan benih wanita. Mereka tidak pernah menyatakan kejadian bayi bermula dengan percantuman antara air mani lelaki dengan darah haid wanita seperti yang dinytakn oleh Aristotal. Sebagai contoh sahabat nabi Abdullah bin Abbas berkata "air lelaki bertemu dengan air perempuan kemudian ia bergabung dan bercantum selepas itu ia berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain daripada satu warna kepada satu warna yang lain ". Pandangan yang sama juga seperti yang dinytakan oleh Imam Ikrimah, Mujahid, al-Hassan dan Rabie' bin Anas, seperti yang di sebutkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.


Di barat pula keadanya berbeza,. Pakar-pakar biologi di sana pada abad ke-17 da 18 masehi, masih lagi terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mengatakan bayi sedia wujud dalam sperma lelaki dalam bentuk yang kecil sebelum persetubuhan berlaku. Golongan ini di kenali sebagai Humunculist. Golongan kedua pula yang dikenali sebagai Ovists mempercayai bayi sedia wujud dalam ovari wanita. Apabila persetubuhan berlaku embrio-embrio kecil ini seolah-olahnya mendapat lampu hujau untuk terus hidup dan membasar. Hal ini di laporkan di Human Developmental Anatomy Center.




Lebih menakjubkan, para sahabat juga sudah mengetahui kadr hujan yang turun di muka bumi adalah sama pada setiap tahun. Hal ini adalah berdasarkan beberapa kata Allah antaranya ayat 11 surah al-Zukhruf

dan (Dia lah) Yang menurunkan hujan dari menurut sukatan Yang tertentu, lalu Kami hidupkan Dengan hujan itu negeri Yang kering tandus tanahnya. sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).(al-Zukhruf:11)


Didalam tafsir Ibnu Kathir melaporkan kenyataan Ibn Abbas dan Abdullah bin Masud yang berkata ''Hujan yang turun pada suatu tahun tidak akan melebihi kadar hujan yang turun pada tahun-tahun yang lain.

Kenyataan mereka memang selari dengan penemuan sains moden kerana usngan hidrologi dunia menunjukan kadar hujan yang turun adalah sama setiap tahun. Hal ini disebutkan berdasarkan NASA dan United States Geologikal Survay. Pakar-pakar mengangarkan air hujan yang turun dari langit ke bumi mencecah 513 trilion ton setiap setahun tanpa sebarang perubahan.


Justeru ajaran Islam berjaya membentuk minda saintifik lagi progresif di kalangan umat Islam. Kesan daripada itu maka lahirlah saintis-saintis Muslim yang agung lagi mengagumkan seperti Jabir bin Hayyan, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Battani, al-Farabi, Abul Qasim, Ibn Sina dan ramai lagi dimana mereka ini bukan sahaja bergelar seorang saintis tetapi juga menguasai berbagai-bagai ilmu lain seperti fiqh, tafsir, hadis, falsafah, ahli sufi dan sebagainya. Dimana sebelum mereka menguasai ilmu sains mereka telah menguasai ilmu-ilmu Islam terlebih dahulu supaya pemikiran mereka tidak akan menguasai aqidah mereka.

No comments:

Post a Comment